Tuesday, 25 March 2014

Aku Semut Gagal

Aku seekor semut
Hidup aku penuh impian
Pagi petang siang malam berangan
Angan ingin berjaya kelak
Usaha penuh buru impian

Aku seekor semut
Kerja berat pikul muatan
Muatan untuk permaisuri kita
Berat sungguh angan-angan
Entah bila dapat ku kota

Aku seekor semut
Kaki lenguh pikul berat
Jatuh tersembam diatas tanah
Hilang maruah hilang kudrat
Kaki patah luka bernanah

Aku seekor semut
Terbaring sakit mulut mencaci
Aku terlihat sekuntum bunga cantik
Aku lupa luka di kaki
Tgk bunga belum dipetik
Ingin dicapai tapi tak sampai
Usaha berkali namun tak jadi
Apa lah nasib aku begini
Hidup gagal berulang kali

Sudah layak kiranya
Dengan bangga dan lantangnya
Aku menyebut
Akulah semut yang gagal




Monday, 24 March 2014

Kenangan dalam sayap

Burung terbang redah awan
Bumi kecil indah sentiasa
Hilang keluarga hilang kawan
Kesedihan dikongsi semua manusia

Kapal besi bersayap dua
Kapal menuju negara china
Selamat tinggal sayang semua
Harap derita tamat disana

Sunday, 23 March 2014

Tidur tiada sedar

Mata mengantuk badan lemah
Katil empuk berbantal dua
Hati bengkak digigit lebah
Lebah wangi mukanya lawa

Tarik selimut tutup jendela
Kepala baring minda berjalan
Otot sendi kekuatan tiada
Fikirkan nasib ikatan berzaman

Idea

Manusia dicipta dgn punya perasaan, akal, dan rasa cinta. Kita boleh membezakan yg mana baik yg mana buruk. Tapi pastikah kita yang dirasakan baik itu sememangnya baik, dan yg dirasakan buruk itu mmg buruk. 

Ada otak guna ada akal fikir ada hati nilai. Kalau hati dah berpihak pada puak. Tak kira baik atau jahat puak tersebut. Masihhh juga ye kan. Fikir. Allah kurniakan akal. Guna akal itu sebaiknya. Satu puak ni suka betul mempolitikkan semua benda. Cukup lah. Runsing aku dibuatnya. Nak tegur salah. Xtegur salah. 

Dont argue with stupid people, they will drag you to their level and win due to experience.