Tuesday, 25 March 2014

Aku Semut Gagal

Aku seekor semut
Hidup aku penuh impian
Pagi petang siang malam berangan
Angan ingin berjaya kelak
Usaha penuh buru impian

Aku seekor semut
Kerja berat pikul muatan
Muatan untuk permaisuri kita
Berat sungguh angan-angan
Entah bila dapat ku kota

Aku seekor semut
Kaki lenguh pikul berat
Jatuh tersembam diatas tanah
Hilang maruah hilang kudrat
Kaki patah luka bernanah

Aku seekor semut
Terbaring sakit mulut mencaci
Aku terlihat sekuntum bunga cantik
Aku lupa luka di kaki
Tgk bunga belum dipetik
Ingin dicapai tapi tak sampai
Usaha berkali namun tak jadi
Apa lah nasib aku begini
Hidup gagal berulang kali

Sudah layak kiranya
Dengan bangga dan lantangnya
Aku menyebut
Akulah semut yang gagal




Monday, 24 March 2014

Kenangan dalam sayap

Burung terbang redah awan
Bumi kecil indah sentiasa
Hilang keluarga hilang kawan
Kesedihan dikongsi semua manusia

Kapal besi bersayap dua
Kapal menuju negara china
Selamat tinggal sayang semua
Harap derita tamat disana

Sunday, 23 March 2014

Tidur tiada sedar

Mata mengantuk badan lemah
Katil empuk berbantal dua
Hati bengkak digigit lebah
Lebah wangi mukanya lawa

Tarik selimut tutup jendela
Kepala baring minda berjalan
Otot sendi kekuatan tiada
Fikirkan nasib ikatan berzaman

Idea

Manusia dicipta dgn punya perasaan, akal, dan rasa cinta. Kita boleh membezakan yg mana baik yg mana buruk. Tapi pastikah kita yang dirasakan baik itu sememangnya baik, dan yg dirasakan buruk itu mmg buruk. 

Ada otak guna ada akal fikir ada hati nilai. Kalau hati dah berpihak pada puak. Tak kira baik atau jahat puak tersebut. Masihhh juga ye kan. Fikir. Allah kurniakan akal. Guna akal itu sebaiknya. Satu puak ni suka betul mempolitikkan semua benda. Cukup lah. Runsing aku dibuatnya. Nak tegur salah. Xtegur salah. 

Dont argue with stupid people, they will drag you to their level and win due to experience. 

Monday, 25 April 2011

kawan itu keluarga.

x penah kita terpikir mcm mana perasaan pendatang asing di malaysia. bangla, indon, vietnam, laos, afrika etc.

bagaimana perasaan jauh dr kampung halaman. bahasa lain, warna kulit len, perwatakan lain, budaya lain.

pegi pasar kena tgk
sembang bahasa sendiri kena pandang,
ckp kuat sikit org wat muka,
gelak pn segan2.

skrg,
baru aku taw mcm mane mereka2 tersebut survive di tmpt orang

KAWAN KAWAN KAWAN...
takde kawan kt sni.mati la korg2 yg hidup ditempat org.
baik buruk kawan tu kite terima je. yg baik kita puji yg salah kita betul kan. kawan itu keluarga.















mintak maaf bg sesiapa yg x termasuk dlm gmbr2 kt sni.korg pn kawan aku,hahaha.ni gmbar men petik je.

tepung gandum tepung ubi,
tepung diuli dibentuk rapi,
hidup penuh onak dan duri,
sng hati dek kawan di sisi.

sekian,
namediberinasrul

Thursday, 14 April 2011

Bas Awam Germany vs Bas Awam Malaysia


public transport kat germany and public transport kat malaysia. ape beze de sebenarnye.
byk perbezaan de dr semua sudut.

ketelusan sistem
punctuality
organised
kelancaran perjalanan
bus stop
bus stop de mmg gempak.org kt german ni mmg ske nek bas. menjaga alam sekitar mmg serius je kt mat and minah saleh ni. aku yg dh merasa ni mmg dapat taw nape derg ni ske sgt nek bas

kite mula cerita ngn bus stop de dulu....




bus stop de mmg bertaraf 5 bintang wa cakap luuuuuu...
semat. gempakkk.. gerekkk.. hebakkk.. mantapp joeee...classs gituuu..
dari segi tmpt menunggu. tmpt duduk disediakan. nmpak high class.. information centre de pn gempak..jadual de mmg tip top.. de tulis tiap2 waktu bas tu akan sampai.. kul 10.28am ke.. 11.45pm ke.
and bas de sampai tepat pada masa nyee.. bas malaysia lg punctual kn.. (mata ke atas, tangan ke dada)


bus stop de cantik.byk pokok2.. mayb sebab nk serap carbon dioxide, filter air bagai2.. nk taw lebih lanjut pasal kelebihan pokok and mmggggg korg suke sgt selidik psl pokok sila lawati laman web yg tertera dibawah ini.

http://www.wikipedia.org/


de nye sistem information mmg gempak.. LRT  kita pn x cmni gempak de.. sistem bas mereka ini lg bagus and maju dr LRT kita.. contoh nye.. ade skrin tunjuk bas dtg lg bape minit.. and kita boleh percaya skrin berkenaan sbb mmg bas de dtg on time.. gmbar nye seperti dibawah ini. sila la tgk yee.heee


kelebihan yg seterus nye..

korang boleh bergaya pakai jaket kulit mafla bagai walaupn korg nk g bus stop je sebenar nyee... hahaha. sbb tu mat and minah saleh x kesah nek bas.nek bas pn boley mengikut trend fashion terkini.haha. contoh nye seperti berikut.. heeeeee


 (batuk2 sikit)(ehem2) aku lg bergaya g bus stop sini dari aku g pavilion (kalu g situ mmg dh cukup up kt malaysia) heeeee. 
ok cukup dgn melihat gambar tersebut. kita beralih ke agenda kita..

bus stop kt sni mmg cantik.taman de tip top.. ley wat shooting kt sni. tgkap gmbar untuk pengantin baru yg nk penuhkan album derg ngn gmbar berpeluk kt taman.. kt sni kat bus stop org tngkap gmbar kawin.hahahahahahahaha

(saya dipaksa mengambil gmbar di bawah ini)(bukan atas kerelaan saya)

no komen untuk gmbar di atas..untuk komen sila ke laman web ini..
www.pantangnampakcamera.com.my



bas de ade yg panjang cm kt bawah ni. dh cam tren dh aku tgk. terkejut gak mase mula2 dtg sni..




 ini lah jadual yg dikatakan tadi. jadual de tunjuk setiap jam bas smpai pukul bape and ade anggaran masa ke destinasi. siap ade GPS siot bas de.hantu tulll!!!



mesin tiket.pilih je ape nak.. janji masuk duit..xmasuk duit korg pilih pn xgune.


routeplan

................ (no komen untuk gmbar dibawah).....................


haaaa.ni bes.bas stop de plak playground wat binatang terbang ini.MERPATI!!
COOL!!




pokok.. for your information.. yang lg bes nye kt sni.. iklan yg duk tampal kt bas ni kebanyakan nye x ditapis.. sexy2 belaka.. yg berbaju penuh.. separuh baju.. baju kecik.. xpakai baju pn ade..


aku rasa sistem kat malaysia boleh diperbaiki. terserah pada pihak tertentu yg bertanggungjawab untuk menjadikan bas pengangkutan awam yang boleh diharap.

ke hulu ke hilir menggaru kepala,
pemuda pening hati runsing,
tgn menaip mulut berkata,
ingin minum dek tekak kering.

sekian,
namediberinasrul..

Friday, 8 April 2011

Kari Kambing Try & Error™

makcik saya kerja di bernama,
pergi kerja menaiki kereta,
mari mari tgk semua,
lauk KARI KAMBING TRY & ERROR™!!

nak masak lauk ni senang je ye tuan2 dan puan.
ramuan2 seperti berikut :


bawang besar 

daging kambing 1kg
ubi kentang yg dipotong rakan.

serbuk kari adabi a~daaaa~biiii~~

anak kera bermanja2,
bermanja2 dgn kawan saya,
ramuan semua sudah tersedia,
moh kite memasak pulee.

perhatiann!! untuk memasak resipi ini. anda memerlukan daya kreativiti yg tgi dan juga diwajibkan mempunyai keberanian yg tgi.

kreativiti untuk menambah ramuan yg anda lihat dan boleh dicapai.

keberanian pula diperlukan untuk memotong bawang. 



mula2 panaskan kuali dan minyak.
pabila sudah panas, masuk kan bawang yg telah dikisar bersama halia, ape lg ek, emmmmm lupeee.
biar masakan selama 30 minit.
tutup periuk..




30 minit kemudian....


bawang td akan kembang dan daging kambing telah masuk sendiri dalam periuk dan masak sendiri.


kemudian.. dh nmpak dgg tu masak sikit masuk kn santan. x masuk kn pn xpe.n jgn masuk byk sgt.


tadaaaaaaaaaaaaaaa!!! siap dhhh!!!!



kemudiann.. anda memerlukan rakan2 anda untuk menjadi tikus putih bg merasa masakan anda..
prinsip yg dipegang kami rakan serumah..

MASAK, MAKAN, COMPLAIN, KENYANG, SENYAP.


SEKIAN,
NAMEDIBERINASRUL